Islam tidak menetapkan bentuk atau
warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadah. Islam
hanya menetapkan bahwa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai
dengan akhlak seorang Muslim.
Di dalam ajaran islam ada garis panduan tersendiri mengenai kriteria berpakaian (untuk lelaki dan wanita), yaitu:

a. Menutup aurat
Aurat lelaki menurut ahli hukum
ialah dari pusat hingga ke lutut. Aurat wanita ialah seluruh anggota
badannya, kecuali wajah, telapak tangan dan telapak kakinya. Rasulullah
saw bersabda: "Paha itu adalah aurat."
b. Tidak menampakkan
tubuh
Pakaian yang menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian tersebut bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah saw bersabda: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh."

Para ulama berpendapat bahwa di
antara yang termasuk berpakaian tetapi telanjang, yaitu pakaiantipis, sehingga
terlihat kulit yang terbungkus di belakangnya, sehingga secara lahiriah
terlihat seperti berpakaian, tetapi pada hakikatnya telanjang
c. Pakaian tidak ketat
c. Pakaian tidak ketat
Tujuannya adalah supaya tidak
kelihatan bentuk tubuh badan.
d. Tidak menimbulkan ria
Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah swt tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti."
e. Memilih warna sesuai

Contohnya warna-warna lembut
termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan
sering menjadi pilihan Rasulullah saw. Baginda bersabda : "Pakailah
pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain
putih)."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar